23 March 2010

PELANCARAN WEBLOG : Tahniah untuk PIBG SKSV


23 Mac 2010 - Tahniah dan syabas untuk SU PIBG SKSV kerana melaksanakan misi anjakan paradigma khusus untuk komuniti sekolahnya. Bermula dengan matlamat yang jelas dalam merealisasikan penghasilan weblog PIBG dan mengorak langkah untuk melaksanakan pelancaran weblog tersebut secara rasmi. Pelancaran weblog akan dilaksanakan sempena Mesyuarat Agong PIBG sekolah pada 24 Mac 2010 (Rabu). Pelancaran weblog itu akan dilaksanakan oleh Dr. Annurdin b Abd Ghani.

Saya yakin dan percaya bahawa, weblog tersebut akan menjadi media baru dalam perkongsian maklumat untuk komuniti SKSV. Masalah yang bakal berlaku ialah tahap kesediaan komuniti untuk memanfaatkan informasi weblog itu. Namun, dengan usaha yang berterusan dalam meyampaikan maklumat terkini dan proses memaklumkan kewujudan weblog, pastinya sasaran pembaca dan penerima maklumat akan tercapai. Pastinya, usaha gigih yang berterusan akan mewarnai perkongsian maklumat sesama SKSV dan komuniti.


Akhirnya, syabas dan tahniah sekali lagi untuk proses pelancaran weblog SKSV secara rasmi. Semoga kesungguhan SU PIBG SKSV akan beroleh kejayaan dan mendapat keredhaanNya. Insyallah.

Untuk melihat weblog tersebut, anda boleh klik di sini.
Continue Reading...

22 March 2010

PENGALAMAN : 'Guru' yang amat bermakna

Benarlah apa yang ditulis oleh Pn Pinon di dalam bukunya bertajuk 'Memulakan Bisnes Sendiri'. Manusia ini belajar melalui 2 sumber.

1- Pengalaman sendiri.
2- Pengalaman Orang lain.

Belajar melalui pengalaman sendiri memerlukan pengorbanan masa yang panjang, tenaga serta wang ringgit yang banyak. Kita perlu mencuba, gagal dan belajar dari kesilapan. Kemudian cuba lagi, gagal lagi, dan belajar lagi.. Begitulah seterusnya sehingga kita berjaya dalam menguasai kemahiran dan ilmu yang dipelajari.

Sebaliknya, apabila kita belajar dari pengalaman orang lain, kita juga mampu memperoleh sama ada melalui membaca buku, pergi seminar, menonton vcd ataupun bergaul dengan rakan-rakan lain yang telah banyak pengalaman. Kita boleh belajar daripada mereka dan ia lebih menjimatkan masa, tenaga dan wang. Malahan, ia juga boleh memendekkan proses pembelajaran (learning curve) untuk mencapai kejayaan.

Walau bagaimanapun, ada kemahiran yang perlu dilalui sendiri dan kemahiran pengalaman orang lain hanya boleh dijadikan asas dalam penerokaan seterusnya. Pengalaman kendiri sangat memberi impak maksimum. Kita akan melalui proses perkembangan dan pertambahan kemahiran secara langsung. Oleh itu, kita seharusnya bersedia dari segi mental dan jiwa dalam melalui proses kesilapan sewaktu proses penambahan kemahiran.

Oleh itu, bersedialah kita dan BERANI GAGAL seperti pandangan Billy Lim dalam bukunya yang bertajuk Berani Gagal.

Sesungguhnya, saya yakin bahawa SU PIBG SK Methodist akan mendapat pengalaman yang sangat bermakna dalam proses pengubahsuaian template weblog PIBG sekolahnya. Untuk itu, pastikan kalian save terlebih dahulu html asalnya sebelum melakukan pengubahsuaian template blog.

Sebelum ini, weblog PIBG SK Methodist telah berjaya dilaksanakan pelancarannya secara rasmi untuk komuniti sekolah tersebut seperti paparan di atas.

Kini, segalanya punah dalam sekelip mata. Namun, pasti pihak admin weblog tersebut memperoleh pengalaman langsung yang sangat bermakna. Teruskan usaha anda. BERANI GAGAL!!

Selamat belajar dan menempuh pengalaman bermakna!!!

Continue Reading...

21 March 2010

PERKONGSIAN PINTAR : Lawati blog ini...





Jika semua komuniti PIBG Daerah Batang Padang berminat dengan pengubahsuaian laman weblog PIBG, saya berminat untuk kongsikan laman blog yang penuh dengan tutorial untuk menghiasi weblog yang dibina. Cukup menarik untuk diterokai. Klik di sini.

Semoga ihsan admin weblog tersebut dapat dimanfaatkan. Selamat meneroka untuk menambahkan kemahiran berkaitan tutorial blog.
Continue Reading...

12 March 2010

PERKONGSIAN PINTAR : Jenis kertas kerja program di sekolah

Pihak admin menjumpai sebuah blog yang boleh dikongsikan bersama dengan pengunjung blog Pembangunan Komuniti. Apabila diperhatikan banyak maklumat yang boleh dikongsi untuk kegunaan bersama.

Secara peribadi, admin berasa kagum dengan sumbangan yang diberikan khusus untuk warga guru. Inilah dinamakan PERKONGSIAN PINTAR. Hanya Allah SWT sahaja yang membalas jasa baiknya.



Sepintas lalu, inilah paparan muka hadapan blog tersebut. Pelbagai maklumat berkaitan jenis-jenis kertas kerja berkaitan dengan program di sekolah. Pastinya, banyak pihak yang akan mendapat manfaat daripada blog terbabit.

Untuk maklumat lanjut : Klik di sini

Continue Reading...

Majlis Pelancaran : Weblog Rasmi SK Methodist

Sekalung ucapan "Syabas dan tahniah" oleh pihak Sekretariat Pembangunan Komuniti, Persatuan Pelajar Siswazah UPSI kepada PIBG SK Methodist kerana akan menjayakan majlis pelancaran weblog tersebut. Hakikatnya, usaha gigih Setiausaha PIBG (Pn Salmi bt Ali) sekolah tersebut dengan bantuan dan sokongan AJK PIBG dalam menyemarakkan weblog itu.

Semoga Weblog PIBG adalah pencetus kepada sekolah-sekolah lain dalam daerah Batang Padang untuk menjadikan weblog PIBG sebagai wadah berinformasi untuk komuniti sekolah masing-masing.

Sekali lagi, pihak sekretariat mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga sekolah dan komuniti SK Methodist yang dipimpin oleh YDP PIBG (Dr Ong Eng Tek) yang berkaliber dan barisan ajk yang mantap dan bersedia menghadapi setiap cabaran dan perubahan yang berlaku.

Pastinya, majlis pelancaran weblog ini akan berlangsung pada 13 Mac 2010 (Sabtu) dengan jayanya. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Tn Hj Ahmad Suhairun b Baharudin, Pengerusi Kelompok 6, Daerah Batang Padang, Tanjong Malim, Perak.

Maklumat lanjut : Klik di sini


Continue Reading...

09 March 2010

Pembangunan Komuniti membantu peningkatan akademik pelajar

Pembangunan pelajar dan kecemerlangan sesebuah institusi sekolah tidak seharusnya sepenuhnya bergantung kepada faktor dalaman itu sendiri, di mana segala perhatian beralih kepada guru dalam menggalas tanggungjawab ini. Namun, Komuniti turut memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada pembangunan pelajar. Dewasa ini, ramai yang sering menyalahkan pihak sekolah seratus peratus jika terdapat sebarang kesulitan atau masalah yang melibatkan pembangunan dan kecemerlangan pelajar sekolah.

Contoh salah satu model berkaitan dgn membangunkan tahap akedemik sekolah

Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa dengan kurangnya penglibatan secara menyeluruh daripada masyarakat luar, ibu-bapa, dan dunia korporat, ini secara tidak langsung akan turut memberikan kesan kepada pembangunan pelajar pada masa kini. Ada yang mengatakan bahawa komuniti sukar terlibat secara langsung dalam pembangunan pelajar di sebabkan oleh kekangan-kekangan tertentu seperti masa, dan sistem pentadbiran sekolah yang tidak aktif dalam melibatkan penyertaan komuniti luar.

Sumber : U-Wartawan


Secara keseluruhannya, ingin dikupas mengenai apakah kepentingan perkongsian di antara sekolah dan komuniti serta apakah bentuk-bentuk cabaran yang ada dalam mewujudkan perkongsian dalam pendidikan pada zaman ini bagi memastikan pembangunan pendidikan sejagat yang melibatkan semua pihak.
Continue Reading...
 

Program Pembangunan Komuniti Copyright © 2009 -2010 :: Pembinaan WebLog Oleh Sdr Mahmud berasaskan Ipietoon for Free Blogger Template