22 March 2010

PENGALAMAN : 'Guru' yang amat bermakna

Benarlah apa yang ditulis oleh Pn Pinon di dalam bukunya bertajuk 'Memulakan Bisnes Sendiri'. Manusia ini belajar melalui 2 sumber.

1- Pengalaman sendiri.
2- Pengalaman Orang lain.

Belajar melalui pengalaman sendiri memerlukan pengorbanan masa yang panjang, tenaga serta wang ringgit yang banyak. Kita perlu mencuba, gagal dan belajar dari kesilapan. Kemudian cuba lagi, gagal lagi, dan belajar lagi.. Begitulah seterusnya sehingga kita berjaya dalam menguasai kemahiran dan ilmu yang dipelajari.

Sebaliknya, apabila kita belajar dari pengalaman orang lain, kita juga mampu memperoleh sama ada melalui membaca buku, pergi seminar, menonton vcd ataupun bergaul dengan rakan-rakan lain yang telah banyak pengalaman. Kita boleh belajar daripada mereka dan ia lebih menjimatkan masa, tenaga dan wang. Malahan, ia juga boleh memendekkan proses pembelajaran (learning curve) untuk mencapai kejayaan.

Walau bagaimanapun, ada kemahiran yang perlu dilalui sendiri dan kemahiran pengalaman orang lain hanya boleh dijadikan asas dalam penerokaan seterusnya. Pengalaman kendiri sangat memberi impak maksimum. Kita akan melalui proses perkembangan dan pertambahan kemahiran secara langsung. Oleh itu, kita seharusnya bersedia dari segi mental dan jiwa dalam melalui proses kesilapan sewaktu proses penambahan kemahiran.

Oleh itu, bersedialah kita dan BERANI GAGAL seperti pandangan Billy Lim dalam bukunya yang bertajuk Berani Gagal.

Sesungguhnya, saya yakin bahawa SU PIBG SK Methodist akan mendapat pengalaman yang sangat bermakna dalam proses pengubahsuaian template weblog PIBG sekolahnya. Untuk itu, pastikan kalian save terlebih dahulu html asalnya sebelum melakukan pengubahsuaian template blog.

Sebelum ini, weblog PIBG SK Methodist telah berjaya dilaksanakan pelancarannya secara rasmi untuk komuniti sekolah tersebut seperti paparan di atas.

Kini, segalanya punah dalam sekelip mata. Namun, pasti pihak admin weblog tersebut memperoleh pengalaman langsung yang sangat bermakna. Teruskan usaha anda. BERANI GAGAL!!

Selamat belajar dan menempuh pengalaman bermakna!!!

0 comments:

Post a Comment

 

Program Pembangunan Komuniti Copyright © 2009 -2010 :: Pembinaan WebLog Oleh Sdr Mahmud berasaskan Ipietoon for Free Blogger Template