25 February 2010

Dare To Change

DARE TO CHANGE : Itulah motto PPD Batang Padang untuk 2010 ini. Berani untuk berubah!. Walau tiga perkataan cuma, ia membawa konotasi yang cukup besar impaknya. Inilah pembaharuan yang cuba dibawa oleh PPD dan diterjemahkan oleh guru-guru di dalam daerah Batang Padang.

Laman web PPD Batang Padang yang memaparkan 'Dare To Change'

Kita sedia maklum, apabila berurusan dengan manusia. Manusia bukanlah robot yang boleh diprogramkan seiring dengan perubahan tuntutan semasa. Manusia ada pelbagai karenah dan personaliti masing-masing. Ada yang mampu untuk berubah dan ada yang selesa dengan situasi semasa. Hakikatnya cepat atau lambat perubahan mentaliti seseorang bergantung pada tahap kesediaan seseorang untuk berubah. Tahap kesediaan ini pula bergantung pada pengalaman dan pengetahuan sedia ada dalam hal yang perlu berubah.

Cuba kita perhatikan keadaan sekeliling. Berapa ramai yang sanggup untuk berubah bertepatan dengan tuntutan semasa. Berapa ramai pula yang membicarakan perubahan yang dilakukan dari sudut negatif. Itulah dinamakan watak dan perwatakan seiring dengan personaliti masing-masing. Itulah dikatakan Warna-warni Kehidupan.

Namun demikian, hasil Program Pembangunan Komuniti yang dilaksanakan untuk fasa 1 dan fasa 2, mampu memberikan gambaran situasi watak dan perwatakan di sekeliling kita. Ada yang mahu berubah tetapi tidak sanggup meninggalkan situasi selesa yang dialaminya, ada yang mampu berubah mengikut tuntutan semasa dan ada yang tidak mahu berubah dan keluar dariapda kepompong keselesaan yang diciptakannya sendiri.

Hasil penelitian dan pengamatan, SU PIBG yang dilantik oleh pihak sekolah juga adalah insan yang bernama manusia. Tahap kesediaan mereka juga berbeza. Ada yang tertinggal dan ada terkehadapan. Perbezaan inilah ada faktor-faktor yang menhalang untuk berubah.

Contoh individu yang sanggup berubah... Melahirkan sesuatu kreativiti yang lebih baik berbanding dengan apa yang diberikan. TAHNIAH atas kesungguhan sdr Zack...

Link Weblog PIBG SKSV ada di sini.

Antara faktor yang menghalang seseorang itu berubah ialah :

1) Ego

Sifat dan sikap ini saya merasakan adalah antara faktor utama yang menghalang seseorang inidividu itu berubah. Jika tiada perasaan ini, sudah pasti mudah seseorang itu berubah. Ego bermakna sukar menerima sesuatu yang baru atau erti kata mudah difahami ialah keras kepala.

2) Tidak sepenuh hati.

Seseorang individu itu mungkin mahu berubah, tetapi keinginan tersebut tidak sepenuhnya. Sekadar berasa ingin berubah tetapi tidak membuat sebarang perubahan pada dirinya.

3) Masih bertangguh

Individu tersebut menginginkan perubahan pada dirinya tetapi masih bertangguh untuk melakukan perubahan yang diidamkan. Mengunggu satu masa tertentu untuk melakukan, tetapi malangnya apabila tiba masa yang sepatutnya berubah, individu tersebut masih belum bersedia dan menangguh lagi kepada masa yang lain. Akhirnya tiada sebarang perubahan yang beliau lakukan.

4) Menanggap perubahan itu sesuatu yang tidak penting.

Sesetengah individu beranggapan bahawa perubahan itu bukan sesuatu perkara yang patut diberi penekanan dan perhatian. Berubah ketika terdesak atau terpaksa dan sebagainya.

5) Tidak sanggup bekorban

Berbalik kepada analogi di atas, golongan pelajar ini merasa seronok dengan tidak mengulangkaji pelajaran, melepak dan mereka tidak sanggup bekorban keseronokan itu untuk Berjaya. Mereka lebih rela menyesal kemudian daripada melakukan sedikit perubahan pada diri mereka.

6) Tidak menghargai diri sendiri

Golongan yang tidak mahu berubah ini juga saya mengklafikasikan sebagai golongan yang tidak menyanyangi diri sendiri. Ini kerana, mereka sudah mengetahui akibat tindakan mereka tetapi masih belum mahu berubah. Mereka membawa diri mereka kepada keadaan yang kurang selamat, dan mungkin membahayakan. Pelajar yang malas adalah individu yang tidak menghargai diri sendiri dan masa lapangnya.

7) Perasan sempurna

Perasan sempurna bermaksud, individu yang sukar berubah merasakan diri mereka sudah cukup baik dan sempurna dan seharusnya tidak melakukan sebarang perubahan.

8) Matlamat yang tidak jelas

Sukar untuk berubah berkaitan dengan matlamat iaitu sebab mengapa seseorang itu inginkan perubahan pada dirinya. Jika matlamat itu jelas diikuti dengan jalan yang teratur, pasti seseorang individu itu boleh berubah.

9) Tiada semangat dan galakan

Seseorang yang menginkan perubahan tetapi tidak mempunyai semangat untuk melakukan perubahan tersebut juga akan mengalami masalah kesukaran untuk berubah. Galakan dari insan terdekat juga amat membantu seseorang itu untuk berubah.

10) Tiada motivasi diri

Ini bermakna seseorang yang inginkan perubahan terhadap dirinya perlulah meningkatkan motivasi diri sejajar dengan perubahan yang ingin dilakukannya.

Ini hanyalah sekadar pendapat dan penilitian saya yang fakir dalam bidang ini. Kita juga hendaklah sentiasa melihat seseorang itu sedang berusaha melakukan perubahan terhadap dirinya, sebagai salah satu cara untuk berbaik sangka terhadap seseorang.

Semoga insan yang menginginkan perubahan sentiasa bersemangat dan istiqomah dalam melakukan perubahan tersebut. Tetapi perlu diingat perubahan yang dilakukan mestilah perubahan yang mengarah kepada kebaikan bukan kepada keburukan.

Akhir kata jadikanlah hari ini lebih elok dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Semoga berjaya. Jom kita berubah.

Sumber : Azlanlin

Continue Reading...

23 February 2010

Program Pembangunan Komuniti - Fasa 2

Banner Program Pembangunan Komuniti Fasa Ke-2

23, Feb 2010, Tapah Road - Kursus Pembangunan Komuniti Fasa Ke-2 telah berjaya dilaksanakan di PKG Tapah Road. Kursus ini adalah anjuran Persatuan Pelajar Siswazah, UPSI dengan kerjasama PPD Batang Padang. Seramai 31 orang guru-guru sekolah rendah dan menengah khususnya SU PIBG sekolah dalam daerah Batang Padang memberi komitmen sepenuhnya untuk membina komuniti sekolah berasaskan blog.

Kursus pembinaan blog ini disampaikan oleh En Saridul, Penyelaras PKG Gopeng, Perak. Kreadibiliti beliau sememangnya diakui oleh PPD Batang Padang akan pengetahuannya dalam kursus pembinaan blog.

Sebilangan besar peserta telah mampu membina blog PIBG sekolah masing-masing sebagai bukti mudahnya pembinaan blog. Malahan blog ini juga mampu menjana komuniti sekolah dalam kalangan ibu bapa pelajar, para pelajar, guru-guru, NGO di sekitar sekolah.

Tahniah dicupakan kepada semua peserta dan individu yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung.


Penceramah, En. Saridul, Penyelaras PKG Gopeng sedang memberi taklimat berkaitan tatacara membina blog.


Sokongan En Mohd Shukri dan En Roslan, wakil rasmi PPD Batang Padang turut membantu peserta kursus.


Semua peserta sedang melahirkan kreativiti masing-masing.

Cikgu-cikgu yang sedang meneroka tatacara membina blog.


Penumpuan dalam membina blog amat penting.


Peserta yang khusyuk memperkemaskan blog masing-masing.


Urusetia yang sedang membantu peserta dalam pembinaan blog secara individu.

Pengarah Program Pembangunan Komuniti turut membantu peserta untuk membina blog.

Terdapat 6 buah sekolah terpilih untuk menerima cenderahati daripada pihak penganjur. 3 buah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah. Sekolah-sekolah tersebut ialah :

Kategori Sekolah Rendah :
1. SK Slim Village
2. SK Aminuddin Baki
3. SK Tanjong Malim

Kategori Sekolah Menengah:
1. SMK Bidor
2. SMJK Katholik
3. SMK Air Kuning


Continue Reading...

06 February 2010

Program Pembangunan Komuniti - Fasa 1

5-6 Februari 2010 - Tanjong Malim : Perjalanan Program Pembangunan Komuniti anjuran Persatuan Pengajian Siswazah, UPSI dengan kerjasama Intitut Pengajian Siswazah, UPSI, Kementerian Pelajaran Malaysia telah berlangsung dengan jayanya. Program ini telah mendapat tajaan sepenuhnya daripada IREX, US States of Department.

Peserta program ini ialah SU PIBG sekolah rendah dan menengah yang terpilih dalam daerah Batang Padang dan Hulu Selangor. Seramai 81 buah sekolah dijemput hadir. Namun, hanya 3/4 daripada peserta yang dijemput telah hadir. Ini berkemungkinan kekangan masa yang dihadapi oleh pihak sekolah.

Pelbagai aktiviti yang disusun khususnya untuk menambah pengetahuan dan meningkatkan kualiti kepimpinan SU PIBG sekitar UPSI sejajar dengan tema program iaitu 'Guru sebagai Pemimpin Sekolah dan Komuniti'.


Sesi pendaftaran di awal pagi

Sesi taklimat oleh ILEP/IREX kepada peserta kursus
(TAHNIAH...guru di Malaysia yang pernah mengikuti kursus 6 bulan di USA yang membolehkan grant diperolehi)

Sesi ucapan oleh Pengarah Projek, Dekan IPS dan Timbalan Canselor di awal majlis.


Peserta yang sedang khusyuk mengikuti kursus dalam dewan auditorium
di Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI.

Peserta kursus bergambar di hari kedua di tangga Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI bersama Dato' Zulkifli, Pegawai PPD Batang Padang dan Dekan IPS, UPSI.

Continue Reading...
 

Program Pembangunan Komuniti Copyright © 2009 -2010 :: Pembinaan WebLog Oleh Sdr Mahmud berasaskan Ipietoon for Free Blogger Template