23 January 2010

PENGENALAN

Guru perlu membina kesedaran yang jelas mengenai diri mereka sendiri dalam konteks kehidupan berkeluarga, komuniti setempat dan dunia. Kesedaran ini akan membaiki pembinaan kendiri dan keyakinan diri yang sihat. Guru juga perlu membina kemahiran berkomunikasi secara berkesan untuk bercakap dan menulis secara jelas bagi menghadapi cabaran peranan dan masa depan. Pembentukan kemahiran pelbagai bahasa, kreatif dan kritikal akan menjadi satu persaingan di tempat kerja dan kemahiran ini akan meningkatkan kapasiti tanggungjawab kepemimpinan dalam apa jua situasi.

Malahan, kualiti yang dimiliki oleh seorang guru seperti pengetahuan tentang kanak-kanak dan bidang pendidikan, empathi, dedikasi, teknik, sensitif pada kehendak komuniti dan keluarga, kesediaan untuk membantu, semangat berpasukan, kebolehan berkomunikasi adalah keperluan yang penting dalam kepimpinan.

Oleh itu, cadangan latihan ini akan membantu guru untuk memimpin kumpulan dalam komuniti dan organisasi. Dengan sedemikianm guru dan sekolah akan mendapat sokongan; apabila penduduk mendapat peluang mendekati guru dan sekolah maka keyakinan mereka terhadap sekolah akan bertambah. Gur yang terlibat dalam komuniti juga belajar untuk memahami mereka dengan jelas, yang mana akan membantu pihak guru dan sekolah mengenalpasti keperluan pelajar mereka dengan lebih berkesan.
 

Program Pembangunan Komuniti Copyright © 2009 -2010 :: Pembinaan WebLog Oleh Sdr Mahmud berasaskan Ipietoon for Free Blogger Template